Friday, April 29, 2011

LAMAN UTAMA


PROFILE CEO ESKAYVIE

DR.SYID AYOB SYID MUSTAFA AL-QUDRI

Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri merupakan graduan lulusan Vrije Universiteit Brussels, Belgium di dalam bidang perubatan. Beliau berpengalaman luas sebagai pegawai perubatan dan pernah berkhidmat di Hospital Pulau Pinang serta Hospital Kangar, Perlis. Beliau memiliki klinik persendirian serta berkhidmat di rangkaian klinik swasta ternama di ibu negara.


Dr. Syid Ayob turut terlibat di dalam kajian dan penyelidikan perubatan di samping memberi khidmat nasihat dalam bidang rawatan alternatif di dalam majalah-majalah tempatan. Beliau kerap muncul di dalam media antaranya seperti Majalah 3, Bincang Petang, Agro Jurnal, Business Hari Ini, Money Tree dan lain-lain.

Sebagai seorang pakar di dalam rawatan perubatan moden dan alternatif, beliau bertanggungjawab mencetuskan formulasi terkini produk-produk berkualiti ESKAYVIE menjadi satu sistem pemakanan kesihatan dan rangkaian produk penjagaan lengkap yang memiliki nilai belian hebat kepada pengguna. Pengalaman beliau yang meluas dalam bidang kajian dan formulasi produk selama 15 tahun memberi satu kemantapan kepada cetusan formulasi produk Eskayvie dengan kerjasama saintis dari Italy, Jepun dan Sweeden untuk melahirkan rangkaian produk produk kecantikan dan kesihatan yang efektif dan berkualiti tinggi.

PROFILE MD ESKAYVIE

PN.KARTIKA WATI MOHAMED

Kartika merupakan seorang peguam yang telah mengembangkan kariernya sebagai ahli perniagaan. Selain mempunyai tiga cawangan firma guaman, beliau juga berkecimpung dalam perniagaan lain di mana syarikat beliau mendapat kontrak dari beberapa kementerian dan juga syarikat syarikat individe. Kesihatan dan kecantikan juga menjadi keutamaan dan minat beliau. Dengan minat yang mendalam dan keazaman yang kuat bagi menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti, alami dan berkesan dimana secara tidak langsung meningkatkan tahap hidup yang lebih berkualiti. Kartika memutuskan untuk menubuhkan Eskayvie pada tahun 2009. Sebagai peguam yang berpengalaman dan mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan, beliau membawa bersama misi, visi serta pemikiran yang dinamik dan terlibat secara langsung dalam pembangunan produk-produk Eskayvie. Kartika adalah graduan cemerlang Universiti Teknologi Mara dan adalah penerima anugerah Canselor bagi Pelajar Terbaik bagi tahun 1994.

MISI

Untuk mempertingkatkan kualiti hidup, tahap kesihatan dan kesejahteraan melalui inovasi yang berterusan dengan penyelidikan produk dan perkhidmatan berkuliti bagi menjamin kepuasan pelanggan. Melalui inovasi terkini, kami mencipta dan mengkomersilkan produk yang sangat berbeza serta memberikan perkhidmatan yang akan membawa anda kepada peningkatan kualiti hidup yang berbeda.

Usaha Kami:-

1-memastikan produk kami adalah semulajadi dan selamat, disamping itu dari masa ke semasa sentiasa melakukan pembaharuan melalui R&D yang berterusan dengan menggunakan teknologi terkini dalam menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang mempunyai nilai kualiti tinggi.

2-terus memperbaiki dan berusaha kea rah kualiti tertinggi dalam semua aspek perniagaan dan keusahawanan serta meletakkan kepuasan pelanggan perkara utama.

3-berusaha untuk mempertingkatkan dan melancarkan hal dan jangkaan yang berkaitan kos, kualiti, penghantaran, perkhidmatan dan sokongan kearah daya saing yang lebih tinggi.

4-memupuk persekitaran yang menenangkan dan suasana pekerjaan yang kondusif dalam melahirkan pekerja yang produktif yang komited demi mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

VISI

Eskayvie akan menjadi syarikat peneraju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam menghasilkan produk produk kesihatan dan kecantikan yang terbaik dan berkualiti berasaskan bioteknologi terkini serta menyediakan perkhidmatan yang berinovatif tinggi demi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami.

KEKUATAN ESKAYVIE

1.PROFESIONAL

· Pengurusan

· Sandaran doktor dan pakar perubatan

· Standard Internasional

2.Kualiti

· Bahan Mentah Berkualiti

· GMP

3.Pengiktirafan

· BPFK(Mal)

· KKM

· CFS (eksport)

4.Halal

· JAKIM

o Kilang GMP

o Kelulusan KKM

o Pekerja Muslim

o Tidak Meragukan

5.Inovasi

· Berdasarkan R&D

· Konsep terbukti, terbaru dan terkini

· Memiliki patent dunia

· Anugerah dari badan badan terkini

· Saintis penuaan antarabangsa

5.Dos terapeutik

· Sukatan yang mencukupi untuk memberikan kesan yang diinginkan

6.Segera

· 6 hari untuk merasakan sesuatu

· 30 hari untuk dikagumi rakan rakan

· 90 hari untuk perubahan yang nyata

7.Testimoni

· Hasil terbukti