Friday, April 29, 2011

Soalan Lazim Berkaitan Redianze

· Bagaimana cara TERBAIK untuk saya amalkan REDIANZE?

Disarankan agar diambil sejam sebelum atau selepas makan untuk membantu penyerapan maksima. Campurkan isi kandungan paket kedalam 200mL air sejuk (atau suhu bilik) untuk menikmati minuman yang lazat. Untuk hasil yang lebih baik, pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

· Bila saya akan melihat kesannya?

Sekiranya anda mengamalkan secara berterusan, anda akan merasai perubahan berlaku secara dalaman dan luaran dalam masa 6 hari. Setelah sebulan, kesannya lebih menyerlah. Menjelang 3 bulan, anda akan kelihatan berbeza, lebih muda remaja, lebih bertenaga dan lebih mengagumkan.

· Apakah perlu untuk mengambil lebih dari satu paket sehari?

Satu paket sudah mencukupi, Setiap paket mengandungi sukatan yang mencukupi untuk menyerlahkan kesan awet muda nya.

· Siapa yang disarankan untuk mengambil REDIANZE?

REDIANZE sesuai untuk diambil oleh kaum lelaki dan wanita yang berhasrat untuk memperoleh "KESEMPURNAAN dari dalaman" agar dapat sentiasa mengekalkan keremajaan dari sudut kesihatan dan kecantikan.

· Adakah REDIANZE disarankan kepada wanita hamil dan yang menyusukan bayi?

Walaupun REDIANZE mengandungi bahan semulajadi, namun adalah disarankan agar pengguna mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sebelum pengambilan.

· Adakah LELAKI disarankan untuk mengamalkan REDIANZE?

Sudah tentu..!!!! Kami yakin kaum lelaki tidak ingin ketinggalan dan menikmati kesan kesihatan dan awet muda yang begitu mudah dengan REDIANZE. Perlu dijelaskan di sini bahawa REDIANZE tidak mengandungi sebarang hormon wanita yang boleh menjejaskan sifat kelakian mereka.

· Berapa umur yang sesuai untuk memulakan amalan REDIANZE?

Kami mencadangkan ia diambil seawal 20an untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anda.

· Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?

Tiada sebarang kesan sampingan. Bahan yang digunakan didalam REDIANZE adalah bebas dari alahan, kekotoran dan pencemaran. Ia selamat untuk diamalkan.

· Bolehkah REDIANZE diamalkan dengan selamat pada jangkamasa panjang?

YA...!!!! Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat digunakan dalam tempoh yang panjang.

· Adakah berat badan akan bertambah selepas pengambilan REDIANZE?

TIDAK.Malah mungkin sebaliknya. Kandungan REDIANZE adalah rendah kalori dan ia membantu dalam pembakaran lemak ketika bersenam. REDIANZE juga membina jisim otot. Lebih banyak otot akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dimana ia akan meningkatkan kadar pembakaran lemak dan seterusnya memudahkan kawalan berat badan.

· Sekiranya saya berhenti mengambil REDIANZE, apakah yang bakal berlaku?

REDIANZE tidak menyebabkan ketagihan. Namun, proses penuaan dan perubahan degeneratif adalah berterusan. Sekiranya REDIANZE tidak diambil, komponen anti-degeneratif dan blok jaringan akan semakin mengurang. Ini akan menyebabkan keremajaan dan kesihatan anda semakin mengurang seiring dengan masa.

· Adakah REDIANZE HALAL?

Ini yang sepatunya kita perlu KETAHUI...REDIANZE telah memperolehi SIJIL HALAL dari JAKIM dan sesuai diambil oleh semua individu

Kenapa saya rasa pening / mengantuk / sakit sendi / resdung semakin menjadi / naik jerawat sedikit pada muka ?

Ia berkemungkinan disebabkan oleh kesan pemulihan yang mana badan anda cuba mengeluarkan toksid toksid yang berkumpul di dalam badan sebelum pulih sepenuhnya.

Syor :

- Teruskan mengambil Redianze pada perut kosong atau sebelum tidur

- Minum air kosong (beralkali) sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari

- Lebihkan makan sayuran hijau

- Pastikan badan mendapat rehat secukupnya.

Selalunya kesan pemulihan mengambil masa 2 hari hingga 1 minggu sebelum ianya hilang dan pulih sepenuhnya. Selepas tempoh ini anda akan merasakan perubahan positif mula berlaku.

Kenapa saya tiba-tiba demam?

Ia mungkin disebabkan oleh kesan pemulihan ataupun kebetulan anda menghidapi demam selsema. Penyelesaian sama seperti di atas.

Kenapa saya timbul rasa gatal-gatal pada kulit badan?

Ia mungkin disebabkan oleh kesan pemulihan atau anda terdiri dari golongan yang hipersensitif terhadap kandungan di dalam Redianze. Walaupun HMCP merupakan bahan mentah yang disahkan tidak menyebabkan alahan (sijil allergen free) namun ada segelintir kecil yang terlalu sensitif boleh menunjukkan kesan alahan seperti gatal gatal kulit.

Syor :

- Sama spt no 1

- Jika kesan gatal gatal berlarutan lebih dari 2 minggu, kemungkinan anda kurang sesuai menggunakan Redianze.

Kenapa tiba-tiba saya rasa bertenaga dan susah untuk tidur malam?

Ini disebabkan oleh pemulihan dan peningkatan tahap metabolisme badan anda yang rendah apabila berumur. Ia kesan positif akan bakal membuatkan anda menjadi segar bertenaga seperti waktu muda dahulu. Jika susah untuk tidur malam, disyorkan untuk mengamalkan Redianze pada waktu pagi sahaja.

Kenapa saya jadi lebih berselera untuk makan?

Ia merupakan kesan tindakbalas. Syor spt no 1 cuma amalkan Redianze sebelum tidur. Dengan meneruskan pengambilan Redianze, lemak anda akan digantikan dengan lebih banyak otot yang boleh meningkatkan tahap metabolisme badan dan seterusnya membantu membakar tenaga dari lemak dan membantu mengawal berat badan anda. Apabila Redianze aktif membakar lemak, badan memerlukan air untuk membantu proses tersebut. Disyorkan untuk minum air 2 gelas apabila merasakan lapar yang tidak menentu. Kurangkan makanan manis, berkanji dan berlemak.

Kenapa saya jadi kurang selera makan?

Ini kesan positif Redianze yang boleh membantu untuk mengawal berat badan anda. Ia disebabkan oleh peningkatan tenaga yang memberi signal kepada badan anda supaya tidak perlu mengambil terlalu banyak makanan karbohidrat (kanji dan gula) yang boleh dibakar menjadi tenaga lagi.

Saya sememangnya kurus. Adakah dengan mengambil Redianze badan saya akan menjadi semakin kurus?

Tidak. Malah pengambilan Redianze akan menambahkan lagi otot anda(lebih hebat jika anda gabungkan dengan senaman) dan akan membuatkan badan anda lebih pejal dan solid.

Bolehkah saya mengamalkan Redianze sebab saya ada…

Migraine…?

Redianze memberi perlindungan otak terhadap serangan toksid radikal bebas yang mungkin membantu memulihkan keadaan migraine seseorang. Ini disebabkan oleh kandungan astaREAL®P2AF yang merupakan satu-satunya antioksidan yang berupaya menembusi selaput otak (blood-brain barrier) dan seterusnya memberi kesan mengatasi stres oksidasi oleh radikal bebas yang melemahkan dan memusnahkan sel-sel otak.

Jika berlaku sakit kepala sebagai kesan pemulihan, syor mengambil Redianze sebelum tidur di waktu malam.

Saya ada darah tinggi..?

Kesan positif Redianze terhadap pesakit darah tinggi :

- Memberi kesan positif kepada tahap kolesterol di dalam darah (menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik). Ini akan membantu mengatasi penyumbatan salurdarah dan melancarkan aliran darah yang boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

- Terbukti dari kajian dapat merendahkan tekanan darah terutamanya tekanan diastolik.

- Kesan mengatasi radikal bebas dapat mencegah penyakit degeneratif/kemerosotan diri seperti tekanan darah tinggi.

Pesakit darah tinggi disarankan mengambil ubat hospital seperti biasa cuma jarakkan pengambilan Redianze selama setengah jam. Seandainya tekanan darah semakin menurun, dapatkan nasihat doktor samada perlu mengurangkan dos ubat hospital atau mungkin menghentikan pengambilan ubat hospital tersebut dan amalkan Redianze secara berterusan. Lakukan pemeriksaan berkala tekanan darah setiap 3 bulan sekali dan jalani gaya hidup sihat (kurangkan makanan masin dan berlemak, bersenam, elakkan stress, jangan merokok, tidur secukupnya dan kawal berat badan)

Kertas kajian dari ‘Hussein, et all, 2005’

- Penurunan tekanan darah tinggi selepas pengambilan selama 14 hari

- Selepas 5 minggu pengambilan, ia juga dapat menurunkan risiko penyakit strok

- Mekanisme penurunan tekanan darah disebabkan oleh pengaruh modulasi terhadap kesan nitrous oxide.

Saya ada tekanan darah rendah…?

Redianze tidak memberi kesan negatif kepada mereka yang mempunyai tekanan darah rendah. Malah mungkin ia dapat menstabilkan tekanan darah disebabkan kesan pemulihan terhadap sistem kardiovaskular seseorang. HMCP dapat menganjalkan salurdarah bagi mencapai aliran darah yang lebih sempurna.

Saya ada alahan pada makanan laut…?

Redianze mengandungi kolagen jenis HMCP dan bukannya kolagen biasa yang mudah menyebabkan alahan terutamanya kepada mereka yang alah kepada makanan laut. HMCP mempunyai pengiktirafan ‘bebas allergen’ iaitu bebas dari bahan cemar yang boleh mengakibatkan masalah alahan. Jaminan ini dapat mengurangkan risiko mereka yang sensitif terhadap makanan laut dari mengalami masalah alahan.

Saya menghidapi kanser…?

Disebabkan kesan positif HMCP meningkatkan sistem imun dan kesan antioksidan yang kuat oleh astaREAL®P2AF, ia berkesan untuk mencegah kanser. Berikut di berikan kajian yang telah dijalankan terhapat penyakit kanser :

· astaREAL®P2AF menyebabkan hati merembeskan enzim tertentu yang dapat membantu mencegah pembentukan kanser hati - Gradelet, et al, 1998.

· Sel tumor yang didedahkan kepada astaREAL®P2AF mempamerkan penurunan kadar sintesis DNA – Sun, et al, 2001.

· astaREAL®P2AF berupaya membantu mengurangkan kadar percambahan sel tumor payudara sebanyak 40% - Kim, et al, 2001.

· Sel kanser usus yang didedahkan selama 4 hari kepada astaREAL®P2AF menjadi semakin lemah – Onogi, et al, 1998.

· 3 kesan utama astaREAL®P2AF dapat membantu mencegah kanser atau mengecutkan tumor ialah secara

- Kesan anti oksidan yang kuat

- Kesan meransang sistem immun

- Kesan mengawal selia ekspresi genetik – Rousseau, et al, 1992.

Sebagai rumusan, Redianze memberi sokongan yang mantap sebagai pemakanan tambahan bagi mereka yang menghidapi kanser, akan tetapi rawatan hospital seperti pembedahan, kimo atau radioterapi perlulah diteruskan.

Saya dalam rawatan kimoterapi..?

Kimoterapi merupakan rawatan yang menggunakan bahan yang dapat membunuh sel kanser yang disuntik kedalam saluran darah pengidap kanser. Ia berkesan membunuh sel kanser namun kesan ini turut terpalit kepada sel-sel yang sihat. Selepas mendapat kimoterapi, pesakit akan rasa lemah tidak bermaya dan kurang berselera. Dalam kes ini, sudah tentu sokongan nutrisi dari pemakanan tambahan seperti Redianze amat diperlukan bagi membantu proses pemulihan dalaman badan pesakit. Disebabkan kesan positif Redianze terhadap pesakit kanser (spt soalan 5), gabungan pemakanan seimbang yang segar dan Redianze amat membantu pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi.

Saya mengandung…?

Tidak digalakkan mengamalkan Redianze. Walaupun tidak menyebabkan kesan mudarat terhadap janin, ibu yang mengandung tidak disyorkan mengambil sebarang pemakanan tambahan selain dari asid folik dan multivitamin. Proses kehamilan amat sensitif terhadap pengaruh luaran seperti jangkitan, demam, trauma dll. Dikhuatiri seandainya berlaku keguguran disebabkan oleh faktor di atas, ia akan dikaitkan dengan pengambilan pemakanan tambahan. Untuk mengelakkan sebarang kontraversi, sebaiknya ibu yang hamil disyorkan tidak mengamalkan Redianze.

Saya masih dalam pantang..?

Disyorkan mengambil Redianze kerana ia dapat membantu pemulihan luka dan kesan hamil seperti membantu menghilangkan kenduran kulit dan menegangkan semula kulit perut.

Saya mengidap arthritis/sakit sendi..?

Kajian menunjukkan kandungan HMCP dan astaREAL®P2AF di dalam Redianze dapat membantu mereka yang mengalami masalah sakit lutut dan sendi terutamanya :

- Rheumatoid arthritis

- Osteo arthritis

- Gout

- Carpal tunnel syndrome

- Frozen shoulder syndrome

- Masalah sendi yang lain

Redianze membantu membekalkan nutrisi atau bahan bina yang perlu bagi pemulihan sendi dan mempamerkan kesan anti radang. Kesan antioksidannya juga dapat mengatasi proses kemerosotan sendi yang boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Saya ada tonsils..?

Dengan meningkatkan sistem pertahanan tubuh, Redianze memberi kesan yang positif terhadap pesakit tonsils.

Saya ada gastrik/ulser yang teruk..?

Kajian menunjukkan astaREAL®P2AF dapat membunuh kuman Helicobacter pylori yang merupakan punca utama gastrik/ulser yang teruk.

Saya baru jalani coronary bypass..?

Redianze dapat membantu menggalakkan penyembuhan luka di samping mengawal kolesterol agar tidak lagi menyumbati saluran darah di jantung.

Saya ada masalah buah pinggang..?

Redianze boleh memberi sokongan nutrisi yang amat diperlukan oleh pesakit buah pinggang. Syarat utama bagi pesakit buah pinggang ialah kurangkan pengambilan air maksudnya Redianze hanya boleh dibancuh di dalam gelas yang berisi seperempat kandungan air sahaja.

Saya mengidap kencing manis..?

Diabetes merupakan sejenis penyakit metabolik dan kemerosotan diri. Disyorkan pengambilan Redianze untuk membantu menyihatkan pancreas (dari ancaman toksid radikal bebas) dan mencegah komplikasi yang mungkin timbul akibat kencing manis. Ia dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Perlu diingatkan di sini bahawa walaupun Redianze berasa manis, namun kandungan kalorinya rendah iaitu 77 kalori sahaja bagi setiap sachet. Kandungan gula Stevia (gula daun yang tiada kalori walaupun manis) di dalam formulasi Redianze ini tidak menggangu bacaan gula bagi pesakit kencing manis.

Saya mengalami kitaran haid yang bermasalah..?

Redianze tiada kandungan hormon dan tidak mempengaruhi kitaran haid.

Mengapa Redianze tiada cop kelulusan Kementerian Kesihatan?

Redianze dikategorikan sebagai pemakanan tambahan dan bukan ubat berdaftar yang memerlukan tanda MAL. Walaupun Redianze mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, namun kelulusannya di bawah Akta Makanan iaitu BKKM yang tidak perlu mempamerkan tanda MAL.

Tentang Kesan pemulihan (tindakbalas)

Anda baru mula mengamalkan pemakanan tambahan bagi menjaga kesihatan atau merawat penyakit yang anda alami. Walaubagaimanapun pada peringkat permulaan, anda merasakan letih atau mengalami ruam seluruh badan. Anda pasti berfikiran, “Keadaan saya semakin teruk..... Apa dah jadi?” Oleh itu ada baiknya jika anda mengetahui dan memahami perkara dan perubahan yang mungkin berlaku apabila anda memulakan pengambilan pemakanan kesihatan.

Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Antara tanda yang mungkin dialami pada peringkat permulaan termasuklah :

- sakit atau pening kepala

- ruam kulit

- jerawat

- bisul atau kudis

- sembelit

- cirit birit

- perut berangin

- letih atau kepenatan

- berdebar

- cepat marah

- selsema atau batuk (kahak yang banyak)

- demam

- ataupun mengalami gejala penyakit yang sedia ada menjadi semakin ketara.

Sebenarnya tanda-tanda tersebut adalah perubahan yang di alami oleh badan di dalam proses penyembuhan yang di kenali sebagai krisis pemulihan ataupun kesan tindakbalas. Ia lebih merupakan satu proses di mana segala kekotoran dan toksid dari usus dan organ penting dikeluarkan dari badan. Sebenarnya, bahan toksid yang terhasil dari tindakbalas kimia dan metabolisme badan berkumpul di bahagian tisu konektif yang wujud di serata badan. Tisu konektif merupakan seolah gam yang mengukuhkan sel-sel di dalam badan. Kebanyakan manusia dilahirkan memilikki sesetengah bahagian atau organ yang lemah dan mempunyai tahap pertahanan yang rendah. Di sinilah merupakan sasaran yang pertama bagi bahan toksid tadi berkumpul. Ini juga menjelaskan mengapa sesetengah orang mengalami simptom yang ketara di bahagian yang lemah tersebut (samada di bahagian dada, usus, perut ataupun di bahagian otot dan sendi) yang mengandungi kebanyakan dari toksid yang terkumpul. Dan kesan pemulihan juga semakin ketara apabila bahan bahan toksid yang dibebaskan itu mengalir secara rawak di dalam tubuh badan manusia.

Simptom kesan pemulihan ini selalunya muncul sebaik selepas mengamalkan permakanan kesihatan yang membantu mengeluarkan toksid daripada badan. Ia akan bertahan selalunya selama 3 ke 4 hari. Walaubagaimanapun bagi badan yang mempunyai tahap toksid yang serius, kesan pemulihan ini mungkin berlaku berulang-ulang sehinggalah kesemua toksid dibersihkan dari badan. Proses ini amatlah diperlukan oleh badan untuk mengelak dari penyakit degeneratif yang mungkin akan dihidapi di masa akan datang.

Apabila berlakunya simptom-simptom dari kesan pemulihan, janganlah sesekali mengambil ubat untuk meringankannya kerana ini bakal akan mengganggu proses pemulihan. Ubat-ubatan hanya akan membuat badan kita merasakan lega sementara tetapi ini juga akan membuatkan toksid tadi mendap kembali di bahagian tisu konektif. Dan yang paling penting, janganlah memberhentikan pengambilan pemakanan kesihatan tersebut. Untuk membantu anda mengatasi simptom-simptom kesan pemulihan adalah dinasihatkan agar :

  1. Mendapat rehat yang mencukupi. Badan kita berada dalam keadaan tertekan di kala pembersihan toksid maka rehat yang mencukupi adalah amat penting untuk membantu badan mengeluarkan toksid tersebut.
  2. Minum air dengan banyak. Ini kerana air merupakan bendalir yang akan membawa toksid-toksid keluar dari badan melalui perpeluhan, air kencing atau pun najis.
  3. Elakkan makanan yang mempunyai protein dan lemak yang tinggi. Ini kerana ketika proses pembersihan toksid, ianya memerlukan paras tenaga badan yang optima. Protein dan lemak pula memerlukan tenaga yang lebih bagi menghadamkannya dan secara tidak langsung akan mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksid.
  4. Makan makanan yang segar, berzat dan mudah hadam. Ini membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi untuk membantu memproses bahan toksid dan mengeluarkannya.
  5. Lebihkan juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutriens yang amat di perlukan badan.
  6. Elakkan dari memakan makanan yang mempunyai bahan kimia spt bahan pengawet, pewarna dan perisa tiruan.
  7. Kekalkan kebersihan kulit yang sempurna. Ini akan memudahkan toksid keluar dari liang perpeluhan.
  8. Berus kulit badan dengan berus badan yang lembut. Ini sebenarnya merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.
  9. Mandi dengan air suam. Ini menggalakkan pembukaan pori-pori kulit bagi mengeluarkan toksid yang perlu di bebaskan.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kita rumuskan bahawa krisis pemulihan sebenarnya merupakan suatu fenomena yang berfaedah kepada badan kerana ianya merupakan petanda pembersihan badan dari toksid yang terkumpul. Jangan sesekali menghentikan pemakanan tambahan yang di ambil atau mengambil ubat-ubatan kimia bagi meringankan kesan tindakbalas ini. Badan yang bersih dari toksid akan berfungsi dengan lebih optima dan seterusnya akan menjurus kepada keadaan kesihatan yang kita impikan.