Monday, May 9, 2011

AFEEYA CAFE




AFEEYA CAFÉ


Afeeya Café….

Kopi beraroma untuk kesihatan dalaman

lelaki dan wanita


1. Minuman santai yang berkhasiat (kaya dengan anti-oksidan, saponin dan flavonoid)

2. Bancuh dengan air secawan untuk mendapatkan khasiatnya (2 -3 cawan sehari)

3. Khasiatnya secara am :

- Merangsang prestasi memori dan tenaga untuk aktiviti mental dan fizikal

- mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 25%

- mengurangkan risiko kanser pundi kencing dan prostat sebanyak 30 – 60%

- mengurangkan pembentukan batu karang hempedu sebanyak 45%

- merendahkan risiko penyakit hati (liver cirrhosis) sebanyak 80%

- mengelakkan penyakit Parkinson sebanyak 50 - 80%

- mengurangkan risiko nyanyuk dan Alzheimer sebanyak 65%

- mengurangkan risiko serangan lelah 25%

- mengurangkan debaran jantung yang tidak normal (arithmia) sebanyak 20%

- anti kemurungan

- mengelakkan mengantuk dan mengatasi keletihan

- melancarkan pengaliran darah dan perjalanan urat saraf

- memperbaiki fungsi hati dan ginjal

- anti radang sendi dan rheumatik

- mengeluarkan batu karang buahpinggang


KHASIAT HERBA UBI JAGA DAN TUNJUK LANGIT

UBI JAGA

Nama Saintifik : Smilax Myositifolia

Bahan Farmasi Tumbuhan : Flovonoid, alkaloid phenol, calcium, zink ,

smilax saponin, saponin A, B dan C

diosgenin, asid amino, organicid, tanin dan zat gula

Khasiat Dari Amalan Tradisional : Khasiat ubi jaga terletak pada ubinya. Ia

dipercayai dapat menghilangkan mengantuk,

melancarkan perjalanan urat saraf dan menguatkan

tenaga batin lelaki.


Sifat dan khasiat : Sifatnya tawar dan payau, pahit, kelat serta sejuk.

Masuk ke meridian hati untuk pembaikan hati

dan juga ginjal bagi proses pembersihan batu

karang ( kidney stone). Juga berkhasiat bagi

mengeluarkan angin toksid dan lembap pada

paru-paru, pelancar kencing, peluruh kentut,

antitoksik, antibiotik, antiradang sendi,

anti-rheumatik dan pencegah kanser.


Indikasi : Kanser nasofaring, kanser serviks, kanser payudara, leukimia

dan tumor pada saluran pencernaan. Juga digunakan untuk gout,

lenguh sendi, cirit birit, infeksi saluran kencing, batu karang,

sifilis, keputihan bagi wanita, TBC kalenjar,

neurodermatitis, psoriasis, bisul dan buasir.


Beberapa kajiselidik amalan orang asli tentang Ubi Jaga :

Kandungan ubi jaga yang mengandungi kalsium dan saponin dipercayai dapat memperlambatkan proses osteoporosis bagi lelaki/wanita dengan erti kata lain, ubi jaga mampu merawat tulang yang bermasalah. Bagi suatu ketika dahulu di kalangan orang asli, ubi jaga digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami patah tulang dengan merebus ubinya dan meminum air rebusan ubi jaga.

Melalui amalan kaum asli, ubi jaga digunakan juga sebagai pencegah penyakit kanser. Ini dilakukan oleh kaum asli dengan cara memakan sireh yang dicampur ubi jaga sebagai amalan harian. Ubi jaga juga dikatakan 10x lebih kuat dari Tongkat Ali bagi membantu tenaga batin lelaki. Kesan ini dari kandungan flavonoid dan zink di dalam ubi jaga yang menguatkan saraf di bahagian sulit lelaki. (Ia tidak meningkatkan hormon lelaki iaitu testosterone maka selamat untuk dimakan oleh wanita)


TUNJUK LANGIT

Buah Mahagony atau Buah Tunjuk Langit (Swietena macrophylla) ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan jangkitan virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang. Ianya juga amat berkesan untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan perasaan mengantuk bila badan keletihan.

Kaya dengan flavonoid, saponin, vitamin A, B1, B6, D dan E, potassium, kalsium, magnesium, sodium, zat besi, asid folik, protein dan karbohidrat.

Khasiat flavonoid di dalam buah tunjuk langit antaranya :

· Menguat dan mengembangkan salurdarah bagi membantu melancarkan aliran darah

· Merendahkan kolestrol

· Mengawal selia tahap gula dalam darah

· Kesan anti oksidan bagi melawan radikal bebas

Manakala kesan saponin di dalam buah tunjuk langit membantu :

· Meningkatkan sistem imun badan

· Menyihatkan pankreas dan meransang perembesan insulin

· Menyihatkan paru-paru dan sistem pernafasan

· Menyuburkan sperma lelaki

· Mengawal tekanan darah tinggi

· Menghilangkan kelesuan, mententeramkan fikiran dan mengatasi insomnia dan kemurungan

· Menguatkan fungsi detoks oleh organ hati

· Melambatkan proses penuaan


SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATI AROMA KOPI
YANG DIHASILKAN SECARA EKSTRAK